harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

March 26, 2015

2015

berkurun tanpa entri
jadi kekok menaip
jadi kekok 
tapi takpa, 

kita mula semula ya? 
In Sha Allah. =)

December 13, 2014

A moment to remember...

Apa pun yang kau buat, kalau kau tahu apa tujuannya, kalau kau tahu apa kesannya, kalau kau tahu itu lebih menggembirakan dan memenuhi kehendak orang-orang tersayang, dan kau boleh terima dan hadam semua , maka jalan yang ada terbentang di depan hanya menanti untuk kau pilih. 

Untuk memuaskan hati semua orang sangat mustahil. Untuk aku sendiri faham walhal aku juga pernah berada di tempat itu. Saat mana perlu memilih, meletakkan noktah atau terus menarikan pena di atas kanvas kehidupan. Kita manusia, kita ada perasaan mahu menjaga semua perkara walaupun itu di luar batas kemampuan. Sama ada terus memekakkan telinga dan cekal, atau mempertimbangkan keadaan sekeliling.

Semua orang akan mempersoalkan, kenapa? Kenapa? Kenapa? sebab semuanya bersebab. Orang boleh assume kita akan explain semua benda dari A sampai Z. Tapi tak semua orang boleh  fikir sama ada kita punya kemampuan untuk memahamkan mereka. They expect that they can put the situation in their shoes. But we dont share the same path to travel to. 

Bukan senang nak tinggalkan maktab, bukan senang nak tinggalkan kawan-kawan, bukan senang nak jelaskan kenapa. Tapi itu yang aku pilih. Sebab aku disepit, dengan kasih sayang dan perhatian keluarga dan kawan-kawan. Tapi hari ini aku persoalkan semula, kenapa? Sedangkan aku pernah merasa keadaan ini. Yang manis tetap dikenang, yang pahit tetap menjadi parut. 

Dan bila sebatang pen yang tak selalu digunakan, tapi selalu ada dalam bekas pensil, hilang dari tempatnya, ghaib mengosongkan tempatnya, aku terasa. Moga ALLAH mudahkan segala urusan, DIA tahu semua yang kita tak tahu, Dia tahu semua yang dihijabkan, Dia tahu apa yang menanti kita untuk masa depan terlalu cantik dan indah.

Selama jadi paling bongsu, kakak-kakak selalu manjakan aku. Dari Kak Ain sampai Kak Fida. Dari Kak Ceku sampai Kak Ija. They love me in different ways. Sungguh aku tak lupa. celoteh aku, gurau aku, permintaan aku, hatta tangis aku di bahu2 mereka. Dan ilmu kakak2 tu aku apply untuk dia dan yang lain-lain. Jaga diri, adik perempuan pertama yang akak ada tak ada depan mata dah. Habis semua ilmu menjadi kakak akak gunakan. To treat a younger sister is not an easy thing. Sebab 20 tahun menghadap adik lelaki. Ketawa. Moga sayang ini sampai, moga ukhwah ini panjang. Ameen...


WASSALAM.

November 27, 2014

sem 1 gonna ends.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah nak habis 1 semester. I semester lagi akan dipangkah. Tahun 3 dah eh? Believe it or not? Ok, tak perlu buat ayat2 cliche 

"Rasa macam baru semalam ambil result upsr..."

"Shisseriously???? Bukan semalam baru keluar result SPM ke??"

Kan.. u know, sometimes people just live their life, no sigh, being too positive choosing the right path, padahal sendiri pelik macam mana boleh terjebak dengan keberadaan yang sekarang ni. Dah habis separuh jalan rupanya hidup sebagai mahasiswi ni. Cheesy tak? 

Ape? Tanya kenapa hari ni sibuk nak buat entri? Mudah je jawabnya.. Boring. Bosan. Almaklum saja, Khamis tak ada kelas. sambung pulak weekends! heaven!

Padahal:

Prelab 6 tak sentuh lagi,
Report projek ECAD tak bukak lagi,
IDP lagila... Report jugak!!!! Nangis!!!
OSHA? assignment 2, PBL lagi, report lagi????? Nangis laju2!!!
psst.... SISKOM dah buat dah? T.T belum awak... belum..
Report MTA tu pun tak segan nak beratur sekali.
OMG!!!! EMG lagi!!!

seronok tak? adik2 yang baca, apa perasaan? ada hati tak nak sambung degree? muahahha...

till then!
~
.."mahu megah
perlu gagah
jyeeahhhh!!!..."
WASSALAM ><