harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

July 25, 2013

PARCEL DAH SAMPAI!

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Harini dah puasa ke 16 kan? Alhamdulillah.

Hari ni nak kongsi lagi pengalaman shopping online. Hoho, macam best habis je shopping online ni. Best memang best, tapi tak tahannya bila nak tunggu parcel sampai kat rumah.

Haritu Sha ada beli novel dari JEMARI SENI. First time join online sebab dia ada buat promosi Ramadhan sampai 7 Ogos ni kalau tak silap. Em. Payment Sha buat Jumaat lepas, sampainye harini, Khamis. Tak best sikitlah. Sebab dah terbiasa dengan servis Hansaegee, kalau payment buat harini. Esok dah sampai! Sha dah 3 kali shopping kat Hansaegee, dan kesemua kalinya memang parcel sampai keesokan hari. Jadi bila tiba-tiba kena tunggu berhari-hari untuk parcel dari JS ni sampai rumah, memang jadi seorang customer yang sangat loratlah kan. Kesian staff JS tu melayan email. haha. Risau ok! Risau tak sampai!


Tapi dah sampai dah! Posmen tu siap telefon Sha sebab pihak sana tulis alamat rumah salah. Haih, Alhamdulillah posmen ni amanah dan berdedikasi tau! 

Itu antara beza servis setiap kedai online. Satu lagi, tentang baki pembayaran. Ha... Tentang pembayaran ni, Sha suka cara JS. Dia selitkan sekali dalam resit pembayaran duit baki yang Sha bank-in haritu. Manalah mesin ATM tu nak terima not RM1 dengan RM 5 kan? Huh, siapalah yang cipta! kohkohkoh! =.= 

Ini resit belian yang ditampal pada salah satu novel yang Sha beli. Di dalamnya terdapat baki duit Sha! hoyeah!

Lain daripada Hansaegee. Kalau Hansaegee, baki duit yang kita belanja tu akan dijadikan sebagai point. So, katakanlah baki pembelian terdahulu ada RM 8.50, pembelian kita yang akan datang tu akan dipotong terus daripada baki yang terdahulu. Hansaegee akan emailkan kod point kite dan kita cuma perlu tulis kod point kita pada ruangan yang disediakan di setiap summary pembelian. Kalau tak salah, point tu akan expired dalam tempoh setahun. So, mestilah pelanggan berebut2 buat kira-kira nak beli lagi sebab nak gunakan point mereka kan? Marketing Strategy yang sangat awesome!

Lagi satu, di setiap email Hansaegee ada smiley u olls! Sangat mesra pelanggan kan? Kita pun rasa bahagia je bila nak berurusan dengan mereka. Mungkin JS ada banyak sangat order dan pesanan atau memang diorang dah ditetapkan untuk berurusan secara fully formal. Em.. Husnuszon banyak-banyak!

Yang paling penting tracking number pada parcel. Hansaegee akan emailkan tracking number poslaju kita. Jadi, pelanggan boleh buat semakan setiap masa untuk tahu kat mana parcel mereka berada. Status parcel yang diupdate sendiri oleh Hansaegee juga meyakinkan. Jadi pelanggan tak tertanya-tanya...

Maka, kita sebagai pengguna perlulah mempertahankan hak kita supaya kita dapat layanan dan servis yang super terbaik daripada mana-mana kedai hatta online sekalipun. Ini sekadar pandangan. Mungkin pandangan kalian tak sama dan alasannya lagi rasional dan boleh diterima, Kan? hehehe.. 

Apa yang penting, parcel dah selamat sampai. Selamat membaca! =)


Terima kasih Jemari Seni! ^^

WASSALAM.
- Hello, Siapa ni?
+ Posmen!

No comments:

Post a Comment