harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

July 19, 2013

shopping la shoppers!

Assalamualaikum. Salam Ramadhan. =)

Harini tak buat entri untuk kongsi resepi. Tapi hari ni nak membebel sikit tentang tajuk kat atas tu.. Shopping? Itu sinonim dengan perempuan. Harap maaf ya lelaki-lelaki di luar sana yang selalu kena heret dengan mana-mana kaum Hawa untuk temankan mereka membeli dan terus belah meninggalkan anda dibelakang membawa segala barang yang dah mereka beli tadi. SMILE LEBAR-LEBAR! 

Shopping ni bukan setakat kata nak keluar beli baju penuhkan wardrobe, nak keluar beli kasut penuhkan rak, nak keluar beli beg penuhkan almari. Nope! Girls do shopping for fun! walah la kan statement macam anak Tan Sri je... Taklah. Janganlah jadi stereotaip. Beli barang dapur pun kira shopping kan? Beli buku kat MPH pun kira Shopping apa. Pergi Jusco semata-mata nak makan kat Arena order Chicken Chop pun shopping lah tu! hahahaha!!!

Lagi-lagi nak raya ni. Agak-agaknya kenapa perempuan suka shopping? Mungkin sebab suka tengok design baru. Tak beli pun, tengok-tengok cuci mata saja dengan design semasa. FYI, I love cuci mata tengok design. Tapi kalau dah terbeli nak buat macam mana kan? ngeh3...

Since sekarang ni dah ada banyak sangat orang yang berniaga atas talian, I wonder how they tak gayat nak bukak kedai atau butik atas tali... enough merepek! senang je nak shopping. Boleh golek-golek atas tilam memeluk bantal sambil klik! klik! klik! shopping online!=.= You know, perempuan kan... Eleh, lelaki pun sama sebenarnya, tapi sangatlah jarang nak tengok butik online jual baju lelaki. Kan? Ha.. Sebab apa tau? Sebab mereka ni shopping gadgets! kamera lah, handphone, dan macam-macam lagi. Lelaki kan tak sama dengan perempuan. Haila...

Sha? Kan dah mengaku kat atas tadi tu suka tengok design je.. haha... betul ke bohong?! Kalau kata nak beli baju cantik-cantik gedevas through online ni memang tak lah. (Setakat ni, Ahaks!!!) Tapi kalau shopping facial treatment kat Hansaegee selalu lah jugak. Ada sebabnya kenapa. Kalau order online, kita boleh tengok review product dari orang ramai. Memanglah kalau nak difikir logik, boleh je product review yang negatif tu ditapis oleh pemilik produk kan? Tapi, kita boleh tengok macam mana semangatnya pengguna terdahulu nak bercerita bagai nak rak pasal produk tu. Tambah lagi kalau pengguna sebelum kita adalah orang yang serba tahu tentang kandungan dan kondisi produk yang kita nak beli ni. Sekurang-kurangnya,  kita tahu apa akan jadi dan kenapa. 

Lagi satu, pengguna ni kan bermacam-macam jenis, yang cerewet, yang tak kisah, yang baik hati nak berkongsi pengalaman menggunakan produk tu. Means, kalau tak sungguh, orang tak buat produk review tu. Kan? Lagi satu, discounts! Ehem! For students yang memang tak ada in come lagi melainkan menanggung beban hutang semuda ini, diskaun adalah sesuatu yang sangat membantu. Hoho!! Sebab tu lah Sha shopping baju waktu Happy Hour je kat Jusco. hahahahah... Kantoi disitu. sudah! sudah!!

Next, shopping online ni kita boleh buat perbandingan harga tanpa perlu ada rasa kesian pada peniaga yang mana kalau kita tak beli barang dia, tapi kita dah masuk kedai dia, taklah kita rasa macam kesian... Atau korang tak ada sifat kesian?!!! Grablah every chances yang boleh buat korang rasa lagi worth it kalau beli. Jadilah pengguna yang bijak! Cuma kalian perlu berhati-hati kalau ada barang tak sampai atau barang yang sampai tu tak sama dengan apa yang di order. Sungguh, kena betul-betul tegar nak fight balik benda-benda macam ni kalau kita tak betul-betul tengok kualiti servis sesuatu kedai tu. Em..

Itu jelah kot... Kenapa Sha buat entri ni? Sebab geram tengok design baju raya online. Tak mampu nak beli, at least mampu membebel dan memberi idea kepada yang lain tentangnya jadilah. Kan? Hahaha...

OWNER SYV NI SHOPPING ONLINE KAT SINI,



ADIOSS!!

No comments:

Post a Comment