harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

July 12, 2013

SEMPERIT LAH KATANYA...

Assalamualaikum wbt..

Fine, baru puasa sehari (haritu) tekak dah menggila nak makan semperit mak hermi. Since dah tak contact lagi his Mummy with la Dolce ibu, pandai-pandailah nak hidup tanpa semperit dahlia makcik yang lazat om nomnomnom tu.. Hype! Puasa, puasa...

Lalu ku menggoogle google dan akhirnya berjumpa dengan bermacam teknik dan cara membuat semperit. Guess what? Ada orang guna tepung ubi, tak guna tepung jagung n vice versa. Ada yang tak guna kuning telur, ada yang letak susu pekat. (Yang ni macam nak try nanti tapi kasi habis dululah yang setelab tu...) Tapi overall, (yang nak speaking rojak-rojak ni kenapa? haih.. ) semuanya senang2 je..

Kebetulan, CHAK LONG, (1 of the gang, gang lah sangat..=.= )  pun duk sibuk mencari resepi ni... dan kami membuat semperit tersebut pada malam tadi bersama-sama selepas Terawih. Bersama-sama yang membawa maksud Sha kat Johor, dia kat Melaka la..

Lepas dah pening-pening lalat tengok resepi yang bermacam-macam pesen tu, teringat lah kat Kak Aten, bakal cikgu kulinari kita yang masih menuntut di UTHM. (promote sikit yea kak! =) )Ahaks.. Haritu dia bawak balik 2 tupperware Semperit dahlia. Comel2... Orang dah pelawa makan tu.. Sha pun apa lagi la kan.. hukhuk...

I know dia busy u olls. Rasanya dia tak balik kot. Ada ape tu.. Macam praktikal ke apa ntah, lupa dah.. Tapi dek kerana si adik bongsu yang dalam rumah dulu tu duk sibuk mesej-mesej tanya tu tanya ni, she Gave me the recipe! 

1 buku Buttercup (250 gram)
setengah cawan gula halus (Yang ni Sha suka! Straight to the point hookay! Taklah dikatanya aising sugar ke, gula caster ke.. Maklumlah, bakal guru katakan..=) )
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
esen vanila

ha... Itulah gayanya bakal seorang cikgu! Dan saya sebagai anak murid faham maksudnya.

Butter tu kalian pukul dengan gula kasi kembang sikit. kalau kembang banyak maybe gedabak ke kuih tu nanti? Entahla.. tak tanya pulak. Dah kembang, masukkan esen vanila. Waktu ni confusion telah berlaku ya wahai pembaca sekalian. Sha letak 1 biji kuning telur sebab macam ada baca resepi yang suruh letak. Tanya Kak Aten dia masih sibuk, tanya Chak Long, dia kata a`ah.. Makanya... Sha putar saja dengan kuning telur tu.

Lepastu boleh keluarkan bowl dari mixer, tu pun kalau guna Mixer la yea. Chak Long guna tangan je u olls! Terer kan? Masukkan sikit-sikit tepung ke dalam adunan. Ni kalau guna mixer pun dia tak rata kot. Tu yang Sha gaul manual. Sampai jadi doh. Taraa!!! Siap dah! Boleh cetak dan letak hirisan ceri merah atau apa-apa sahaja yang kalian suka untuk hiasan dan bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius atau bergantung pada oven. Lepastu boleh sejukkan dan susun dalam balang. Jangan lupa senyum lebar-lebar kalau sedap yea! =P





Credit to Kak Aten dan Chak Long!!! 
p/s: Tak lawa sangat sebab ni tekan manual tahu! Konon nak semperit dahlia, ni macam sarang semut dah. haha



 Adioss!


No comments:

Post a Comment