harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

July 03, 2013

Curry Puff daging ehem-ehem

Assalamualaikum wbt! 

Eh? post entri lagi? Apa salahnya kan, sekarang sedang cuti, boleh berajin-rajin sikit update blog ni. haha. lagipun Datin dah tanya susah ke tak nak buat karipap ni. senang je. Baiklah, seperti yang dijanjikan pagi tadi, entri kali ini Sha akan kongsi resepi lagi, iaitu...

Curry Puff daging ehem-ehem

Bahan Inti:
2 biji kentang
Sedikit daging. 
( Dah namanya pun Curry Puff daging ehem-ehem kan, takkan nak guna udang galah pulak! Daging kisar ni Sha guna lebihan spageti haritu. Ya, Sha tak semuakan pun daging kisar untuk spagetti lepas sebab nanti muak. Depends pada selera masing-masing la kan).
1 biji bawang merah saiz sederhana.
(kalau nak rasa lagi sedap, guna bawang ros ye. 2 biji dah cukup.)
3 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis 
(kalau taknak guna ikan bilis, boleh ganti dengan kiub ikan bilis.)
setengah inci halia
2 sudu makan serbuk kari.
(make sure kalian dah larutkan dulu dengan sedikit air. Nanti berbuku-buku pulak dalam kuali tu)
1 mangkuk saiz sederhana air.
(Haritu Sha buat, kurang air, so kentang tak berapa empuk. Tapi masih sedap hookkay!!!! haha)
sedikit santan. 
(optional. Nak letak boleh, taknak pun tak apa.)
garam, perasa dan gula secukup tekak anda

*bawang putih, merah, ikan bilis, halia di blender.

Caranya:
1)Panaskan sedikit minyak untuk menumis. 
Perlu diketahui ramai bahawa the power of cooking depends on bau waktu kita menumis rencah asas. hahaha!!! Berangan lebih la makcik! ><
2)Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang kita dah blender tadi sampai naik bau. Jaga2!!! jangan bersin sepah-sepah ea!
Then masukkan kentang yang dipotong dadu kecik-kecik  supaya cepat empuk dan tak keras yea kentang tu. 
3)Masukkan semangkuk air tadi dan serbuk kari yang dah dilarutkan.
4)Masukkan daging kisar yang dah direbus macam spageti dulu  tu. gaul rata, kecilkan api dan tutup dengan penutup yang ada lubang laluan haba.
tak pasal-pasal nanti ada penutup terbang kat dapur sebab tekanan tinggi. Ceh! Bicara engineer pulak dye! hahaks!

Penutup ni tak ada lubang haba. tsk3.... maka janganlah tutup rapat! heheh

Bila air dah tak ada, kentang dah empuk, dah masak, boleh angkat.


* sebenarnya kalian boleh je nak masukkan mana-mana bahan dulu. Yang penting jangan lupa tumis. em

The Puff!
3/4 mangkuk saiz sederhana tepung gandum
Barang secubit dua garam
2 sudu besar minyak masak
sedikit air

*Sebenarnya saya isteri dia. Eh!!!! Salah-salah! nak bagi tau ni, sebenarnya Sha selalu main agak je sukatan tepung dengan minyak ni, kalau belum boleh diuli, kalian tambah minyak sikit demi sedikit dan tengok boleh uli ke tidak. kalau terlebih minyak, tambah minyak. Beranilah mengagak wahai kaum HAWA!!!!! jyeah..!

Cara mudah:
Masukkan minyak yang dah dipanaskan ke dalam mangkuk tepung. gaul rata guna senduk. Jangan buat gempak la tangan melecur sebab uli tepung dengan minyak panas yea! masukkan garam yang dah dilarutkan dengan sedikit air panas sebab kita tak nak nanti garam tu tak rata. Tekezuttt orang yang makan nanti. Tambahkan sedikit air. Uli lagi.  ingat yea!  kalau belum boleh diuli, kalian tambah minyak sikit demi sedikit dan tengok boleh uli ke tidak. kalau terlebih minyak, tambah minyak. 
Taraa!!! Dah siap dah u olls doh kite! Dah uli rata dan cantik,bolehla kalian buat bebola kecil dari doh tadi supaya senang nak gelek dan lakukan langkah terakhir iaitu masukkan inti dan kelim karipap. Sha paling suka part kelim karipap! Hilang penat weyh!!!! Sebab mengelim karipap sangat menenangkan dan exciting! Ceh.... Trust me, it is true!


hasilnya, sangat banyak. Sha dapat 16 biji karipap



Tips menggoreng, pastikan api kecik je, kaalu api besar, menggerutu la kulit karipap yang licin mulus tu. Bila dah kekuningan baru besarkan sikit api, lepastu angkat. Yang kecik2 dalam kuali tu lebihan doh. enak dimakan begitu sahaja!



Lepastu boleh bancuh air dan dimakan bersama keluarga! Lazat u olls! Ibu kata kalau jual 2 keping seringgit pun tak berbaloi. Sebab ape? Ehem-ehem, kan karipap ni kaya dengan daging kisar! ahaks!



~Mengupdate entri pasal resepi berlatarkan lagu 
WITH YOU by CHRIS BROWN. tak boleh blah betul!


WASSALAM!

No comments:

Post a Comment