harap berbaloi untuk semua orang! InsyALLAH........

baca dengan hati, In Sha ALLAH berbaloi. =)

July 16, 2011

KEMBALI MENULIS... ^^

dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...

sha tulis,
Apa yang kite perlu sekarang? masa terus berjalan dan tak akan pernah berhenti. "roda memang telah berputar." Satu fasa baru dalam kamus hidup dah dibuka. berjalan dan terus berjalan. tanpa sokongan? dengan sokongan? tak perlu dipersoalkan. sebab bila kita perlu, akan ada yang datang. InsyALLAH. tanpa kita sedar atau kita sedar, sengaja atau tak sengaja.

Bila kita perlu study? betul ke bila exam dah dekat? bila kita perlukan sokongan? selepas kita jatuh ataupun sebelum kita jatuh? siapa yang nak sokong kita? diri sendiri? family? kawan2? bila kita rasa 24 jam sehari tak cukup untuk buat semua benda, kita fikir tak kalau sehari ada lebih dari 24 jam, apa yang kita akan buat? too much question mark here.... any relevant answers? 

kita perlukan diri sendiri bersedia. siapa yang akan sokong kita tak kira secara langsung mahupun tidak, secara lisan mahupun perbuatan, secara halus mahupun kasar, semua tu tak penting. didik diri sendiri untuk sokong jasad yang sedang berdiri ni. tak boleh nak harap orang lain sokong kita sebab kalau tak ad sokongan dari dalam, sakit yang amat bila dah jatuh terduduk.

`sokong' = semangat.

biasakan hati pujuk diri sendiri. macam yang sha cakap dalam entri sebelum ni. pujuk diri sendiri. sebab semangat lahir daripada pujukan. aiyoo, bukan pujuk rayu nak mintak barang idaman dari sesiapa, tapi pujuk yang membekalkan semangat. kenapa kena pujuk diri sendiri? sebab tak semua orang tau bila kita makan hati, bila kita merajuk, bila kita down.. pokok pangkalnya, diri sendiri. =P yang penting hati!!!

bila kita perlukan masa untuk buat kerja, kita perlukan fokus. baru kerja boleh siap dengan jayanya kan? huh? (macam tak boleh faham ayat sendiri. hahah) . bila kita perlukan sokongan? saat lutut rasa longgar dan hampir terjatuh, saat keyakinan dalam diri at low level. Bila kita perlukan masa untuk diri sendiri? bila terlalu banyak masa yang kita peruntukkan untuk orang lain.. Bila kita perlu keluarkan apa yang kita simpan? bila kita rasa tak tertanggung beban di bahu...

she said: awak boleh! sebab semua orang boleh buat!!
me: thanks dearie! =)

May 21, 2011

entri terskema setakat ni..


Perjalanan hidup kita masih jauh...
kita tak tau bila masa kita akan berakhir, sebab tu perjalanan kita masih jauh dan tak tau dah dekat, atau masih jauh...

Wargh!!! <-
crying? <=
Nope! <-
Then? <=

memikirkan dialog yang satu ni, "PERJALANAN HIDUP KITA MASIH JAUH......"

sha mulakan entri kali ni dengan melabelkan entri kali ni sebagai entri terskema setakat ni sebab kali ni elemen2 hikmah, memikir dan mari berfikir seperti kurang... (kerana tiada bahan dan idea)..
ape yang sha fikir? kawan2... perjalanan hidup kita masih jauh. kita baru melepasi setapak ke hadapan daripada garisan permulaan...kalau ada antara mereka yang mengatakan hidup mereka terlalu susah untuk ditempuh, ternyata silap.

baru mula untuk belajar makna HIDUP. 
baru bukak buku ABC dalam teori HIDUP.
baru diberi uniform baru dalam sekolah HIDUP.

kali ni, takde lagi nak kata saya tak boleh. apa yang datang, itu yang perlu ditempuh. kalau dulu ada keluarga sebab kita masih pakai title 'budak sekolah @ budak bawah umur'. tapi sekarang, ape2 keputusan semua atas bahu kita, berani atau takut, bukan masalah orang lain lagi. masalah diri sendiri.. kalau dulu orang cakap, "kau kan budak kecik!", sekarang orang akan cakap, " sedar tak kau dah besar?"

[merepek kan? aduss.... cam takde halatuju je entri ni... =.=]

kita dah besar kan? kita dah boleh fikir guna logik akal kan? kawan2, ini untuk kalian. Blog ni dedikasi untuk kalian... kerana wujudnya perkongsian yang tidak nampak, ini sebahagian daripada friendship kita. kalau harini kalian dekat dengan sha, tak mustahil 1 day, kalian jauh dari sha... sebab perjalanan yang jauh, possibility untuk sesat, kereta rosak dan sbgnya dalam perjalanan kita tak tau.. siapa jadi padi, siapa jadi lalang...

[over baca novel punya pasal campur lagi baru lepas tengok, nur kasih the movie...] bias!

jauh lagi bukan bermakna kita banyak masa untuk bersuka ria, 
jauh lagi bkan bermakna kita banyak masa untuk leka,
jauh lagi bukan bermakna kita tak perlu fikir apa akan jadi dengan hidup kita,
jauh lagi bermakna, banyak lagi ruang kosong untuk kita membesar menjadi dewasa, 
dewasa untuk diri sendiri, untuk orang lain...

JUST, 
dont know how to tell,
about the truth...

kebenaran untuk mereka tahu i love them! 

untuk mereka,
sekian, adioss!!!
 *entri paling teruk dalam dunia.

someone said: dah bertongkat pun ada hati lagi nak belajar kat situ?
and i : ....sekadar senyum sambil berkata dalam hati, "untuk mereka yang pernah dipandang rendah oleh orang lain, persetankan kata2 mereka. itu hanya kata2 orang yang takut melihat kejayaan orang lain"

 untuk `someone said`, sha hanya akan tersenyum SINIS. semoga mereka faham.




May 12, 2011

relationSHIPs????

tajuk yang panas. hot n spicy. 


couple? kekasih? buah hati? euwwwww... (buat masa ni) =.=
sorry to say lah. tak berminat. aiyarkk!!
fokus sekarang sepatutnya study. belajar dan belajar atau ape2 j yang boleh dibuat selain daripada relationships yang ... (semua orang faham).


sha tengok orang lain, ade yang happy jek dengan couple diorang tu. ade yang asyik2 nak gaduh tapi kononnya gaduh2 sayang. (what ever ~~). ade gak yang spesies (er.. macam mane eja spesis? apsal dah lupa? aduss) macam sha.. study comes first. love? later


entri ni dibuat bukan bertujuan nak menghentam mahupun memboikot mereka yang bercouple, tapi i just want to share my opinion. pros and cons.. eceh, berjaya habis wat ayat in english dua baris... tak taulah orang lain fikir apa, tapi kalau sha, dari menyemakkan kepala fikir perkara yang tak menjanjikan apa2, baik move on dengan perkara yang berfaedah walaupun tak menjamin apa2.. contohnya, belajar, fokus pada family, fokus pada friendship yang dah sedia ada terjalin.(ayat skema setakat ni)...


i`m not interested in making new friends..(tapi taklah sampai cakap "saya taknak kawan dengan awak!"). lebih baik jaga apa yang kita ada. contoh mudah, beli barang baru, harta benda kita akan jadi bertambah banyak. nak jaga semua supaya cantik dalam keadaan terjaga memang payah. lagipun makan tempat. perlukan ruang untuk meletakkan barang yang diisi.  JANGAN SALAH FAHAM DENGAN CONTOH YANG SHA BERIKAN NI, BUKAN NAK SAMAKAN KAWAN2 DENGAN  BARANG. TAPI, NI CONTOH PALING MUDAH. 


relationships pulak, (kembali ke tajuk asal) banyak faedah dan keburukannya..
ada orang akan jadi sangat bersemangat untuk teruskan apa2 yang dia sedang buat dan akan buat sebab dia tau, no matter what, ada orang kat belakang dia, jadi wonderwall yang takkan mudah roboh untuk dia. yang boleh kongsi suka duka hidup dia, yang boleh give and take dalam banyak perkara. syaratnya, jangan 'terlebih sudah`. 


dari segi pelajaran pula, orang2 yang tergolong dalam golongan ni akan sentiasa bersemangat nak belajar. (segelintir sahaja). sebab tu parents sangat risau kalau ank2 mereka terjebak dalam kancah Cinta MOnyet ni . mereka tak yakin yang anak2 mereka ada dalam golongan yang mana. sama ada golongan yang teruskan hidup dengan lebih bersemangat atau terus hanyut dalam dunia mereka sendiri. (ini sangat bahaya!)


keburukannya pula bila kedua2 belah pihak tak de rasa tanggungjawab nak tarik balik partner diorang ke alam nyata bila dah angau habis. takde benda lain yang nak dibualkan selain daripada janji manis gula tebu dan ayat bunga2 tahi ayam yang belum tentu tertunai. belajar entah ke mana, personal life entah macam mana dan ape2 lagi entah macam mana. semua benda tolak tepi, yang ditarik ke tengah cuma, relationships yang mereka ada.


kesimpulannya, lagi best kalau masih single. takde orang kawal nak buat apa. (untuk mereka yang berpartnerkan mereka2 yang cemburu buta). lagi semangat kalau partner tu tau hala tuju hidup. er..... maksudnya, boost up semangat kita untuk belajar. kejar cita2... mungkin jadikan diorang batu loncatan tapi batu tu bukan sebarang batu. (mungkinlah kot..hehe)


sha pun tak pernah melibatkan diri dalam industri kecil couple2, partner2 ni, tapi sha tengok orang lain, dari situ sha dapat buat entri ni... happy jugak tengok mereka yang bahagia. er... jealous? taklah, buat apa nak jealous. masing2 ada jalan hidup masing2...yang selalu gaduh2 tu pulak, sangat menakutkan sha, (susahnye lah kalau macam tu..) tapi tak beranilah nak mengutarakan pendapat sha ni pada mereka tu, tak pasal2 je nanti...


entri kali ni takde `he said, she said` sebab takde yang sha ingat dan sesuai untuk entri ni. almaklumlah, takde pengalaman... o.o 


tapi ada nota kaki.
 ------->--@ " tak perlu mencari, sebab bila sampai masa, akan ada yang datang, masa tu nak sembunyi disebalik tembok cina pun tak guna. yang datang tu akan cari jugak!"
 [berdasarkan sebuah puisi yang ditulis oleh seorang sahabat. dedikasi untuk sha. tapi sampai sekarang tak faham kenapa mesti sebut pasal ni dalam puisi tu.. ~~]
akhir kata, jangan ada yang kecil hati atau tersinggung. ini cuma pandangan dari perspektif yang berbeza. buang yang keruh ambil yang jernih. 10 jari disusun klau ad yang terasa.


sekian, wassalam.. =)